yes..powerless
only now..at the age of 26..baru daku mengerti maksudnya..
aku ini makhluk kecil,powerless..
memang la aku kecik..tapi aku rasa aku boleh kontrol hidup sebelum nih
tapi sekarang ternyata tidaaakk..apa yg aku paham prinsip hidup sekarang adalah memang kita boleh plan hidup kita nk macam mana..tapi ternyata,itu semua hanya ditentukan yang Di Atas..
dari kecik tidak penah fail utk tentukan jalan hidup..sekolah rendah,harus dpt nombor plg koman 3 setiap tahun,kalau x,xdpt pau hadiah dari parents..UPSR harus dpt 4As baru dpt naik flight pergi bercuti ke sarawak.PMR harus dpt 8As, kalau x nnt kena kick out dr SBP,harus pass SPM with flying colours utk buat medic.sejak mula aku dh pikir taktik dan strategi utk menjayakan setiap impian yg aku nak.Merasa dpt kontrol hidup sendiri,asal kita ada jalan dan usahakan..pasti dapat..bila org mengeluh ckp dia xpandai or asik gagal, dalam hati ala-ala cakap"tu la kau,xnak belajar,sendiri salah".sebab aku xpnh xdpt apa yg aku usahakan.
sampai umur 21 pon masih berpikir sama bila aku xdpt g Ireland..salah sendiri,sapa suruh xbelajar rajin2..kan dh xdpt g Ireland..padahal kalau aku belajar betul2 pon ntah2 xdpt pegi jgk,sapa tahu kan..dh takdir ckp aku xdpt pg Ireland.
pastu aku azam..belajar rajin2 bila dh dpt g jakarta,thus aku boleh settle cepat,kawin,beli kereta,rumah,specialize..tapi..serajin mana aku belajar pon,xpernah repeat paper or fail..aku still xdapat nk abeskan study sebelum umur 27..ada sj halangan..skrg bukan dari pihak aku,tp university aku pulak yang asik2 nak 'stagnan'kan student ja.dah complain ke jpa,pihak uni,semua xdpt buat apa2..tunggu sahaja..
so..sekarang aku hanya dapat melihat kawan sebaya yang lain dh jauh tinggalkan aku..dh kerja bagus,tunang,kawin,ada anak,dah drive kereta best2,dh buat PHD dan lain2.
aku??...betul-betul powerless.macam2 aku plan dulu waktu muda remaja.tapi ternyata aku xberkuasa utk pastikan itu ada pada umur berapa..ini la namanya..KITA HANYA MERANCANG,TUHAN YANG MENENTUKAN..
sebenarnya cakap pasal powerless,banyak lagi yg aku nk elaborate
menjadi dokter muda utk setengah tahun,byk mengajar aku menjadi lebih humble..
jgn ingt kita dh dapat S.Ked(Sarjana Kedokteran=MD)kita lah org plg berjaya di atas muka bumi..hasil dr titik peluh dr sekian tahun.siap mata bergenang time terima scroll(bajet terharu dh berjaya la kannn).tapi ternyata hidup itu baru bermula.
baru sekarang aku belajar..jgn bajet diri sendiri pandai(smart ass).kau university top or whatever.byk gila benda xtau..jgn pandang rendah nurses or patients.atau org lain sekitar kita..lebih baik act bodoh2,org lebih kesian nk tolong kita..
lain kali lagi aku sambung..otak dh penat
kesimpulan..
sekarang aku pasrah dengan takdir Tuhan.
tapi xbeerti aku xrisau or xberusaha
usaha tetap..tapi kurangkan Harapan..
kunci nya..Redha..
Thursday, January 14, 2010
Sunday, January 3, 2010
IF only..you were given a chance/wish..

4 jan 2010..
Diriwayatkan dari Abu Rafi r.a. bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda kepada Al-Abbas: “ Wahai mamanda, sukakah kamu jika aku memberikan hadiah yang berguna kepadamu? “ Kata Al-Abbas : “ Ya, aku suka ya Rasullulah S.A.W., semoga anda tetap menjadi kesayanganku yang akan aku bela walaupun dengan mengorbankan kedua ibu bapaku.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda: “ Wahai Al-Abbas, sembahyanglah 4 rakaat dan bacalah pada tiap satu rakaat surah Al-Fatihah, kemudian sambung bacaan dengan surah lain setelah itu hendaklah kamu membaca Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa illaha illallah, Wallahu akbar sebahyak 15 kali, kemudian dalam rukuk hendaklah kamu membaca 10 kali, kemudian I’tidal hendaklah kamu membaca 10 kali, ketika sujud hendaklah kamu membaca 10 kali, duduk setelah sujud juga 10 kali dan apabila kali kedua sujud hendaklah dibaca 10 kali, kemudian duduk sesudah sujud handaklah dibaca 10 kali
sehingga ianya menjadi 75 kali bacaan tersebut dalam satu rakaat dan 300 kali jumlahnya bagi empat rakaat.”
Kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda lagi : “ Wahai Al-Abbas, andaikata dosa-dosamu itu sebanyak pasir di Alij, nescaya akan diampunkan oleh Allah S.W.T.”
Setelah mendengar penjelasan Rasulullah S.A.W. maka Al-Abbas berkata : “ Ya…Rasullulah S.A.W., kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari, bagaimana?”
Rasulullah berkata,” Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya setiap hari, kerjakanlah setiap hari Jumaat.” Al-Abbas bertanya lagi : “Bagaimana kalau saya tidak dapat melakukannya setiap hari Jumaat?”
Rasulullah menjawab : “ Wahai Al-Abbas, sekiranya kamu tidak dapat melakukannya pada setiap hari Jumaat, maka lakukannya sebulan sekali.”
Al-Abbas berkata lagi : “Kalau saya tidak dapat melakukannya sebulan sekali bagaimana?”
Rasulullah berkata : “Kalau kamu tidak dapat mengerjakannya sebulan sekali, maka bolehlah kamu mengerjakannya setahun sekali.”
Ka’bul Ahbar berkata : “Kalau seseorang itu dapat melihat pahala sembahyang sunat 2 rakaat, sudah tentu dia akan melihat pahalanya lebih besar daripada bukit.”
Rasulullah S.A.W. telah bersabda : “Sembahyanglah kamu di rumahmu (yakni sembahyang sunat), dan jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur (yakni hanya tempat tidur).”
Rasulullah S.A.W. berkata : “Mengerjakan sembahyang sunat dalam rumah lebih afdal dari sembahyang di hadapan orang dan sembahyang fardu itu lebih afdal sembahyang berjemaah dari sembahyang sendirian.”
Ingatlah setiap pesanan Rasulullah S.A.W. bukan ditujukan kepada seseorang sahaja, sebaliknya setiap pesanan Rasulullah S.A.W. itu ditujukan kepada semua umat beliau (yakni kita).
__________________
Subscribe to:
Comments (Atom)
